Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan

 Saya keje dengan Cina lama. Lama-lama saya punya perangai macam Cina. Bila saya kerja dengan satu GLC yang 99.9% Melayu ada kejutan budaya. 1. Di company Cina selagi belum pukul 7 pm takde siapa sibuk nak balik. Di GLC tersebut pukul 4.30 pm dah siap kemas meja. Pukul 5 pm tepat semua balik. 2. Di company Cina kita nak jimat kos pembinaan. Di GLC itu macam takde sapa peduli kalau mahal dan rugi. 3. Di company Cina, HR remind kerja baik-baik kalau company untung banyak kita dapat bonus. Di GLC itu company rugi setiap tahun tapi staff sibuk nak minta bonus. 4. Di company Cina kita nampak bos dan halatuju company. Di GLC tu kita panggil company tak ada bos. Semua autopilot. 5. Di company Cina staff sikit kerja banyak. Di GLC itu kerja sikit staff ramai. 6. Di company Cina hampir semua orang bekerja bersungguh-sungguh yang malas tak ramai. Di GLC itu yang malas lagi ramai daripada yang bersungguh-sungguh kerja. 7. Di company Cina u cakap banyak u bagus sebab u nak improve company. Di ...

Tempat belajar subsidi kerajaan dan percuma

1. ILP Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan satu institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia. Sejarah penubuhan ILP telah bermula semenjak tahun 1964 lagi dengan penubuhan ILP Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1973, ILP Prai telah dibina diikuti dengan CIAST Shah Alam dan lain-lain di Kuala Terengganu, Pasir Gudang, Labuan, Kuantan, Kota Bahru, Jitra, Ipoh, Bandar Melaka, dan JMTI Seberang Perai. ILP adalah di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Manakala JTM adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Selepas itu, 9 buah lagi institut dibina dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. ILP menawarkan program kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Sijil Juruteknik dari Kementerian Sumber Manusia. Pembelajaran adalah setahun ke dua tahun pengajian dan ianya percuma. Hanya perlu bayar yuran pendaftaran dan pakaian sebanyak RM700.00 sekali sahaja. Selepas itu diberi elaun bulanan setiap bulan dan ada kemudahan asr...