Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2023

Minat mengatasi malas

 5 kaedah mudah menangani murid malas belajar, tidak fokus 1. Kenali gaya pembelajaran murid 2. Pelbagaikan aktiviti pembelajaran 3. Wujudkan suasana kondusif untuk pembelajaran 4. Memberi bimbingan positif 5. Penghargaan dan pengiktirafan 1. Kenali gaya pembelajaran murid Guru perlu kenal gaya pembelajaran muridnya dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan pelajar sekali gus mengelak perasaan malas dalam kalangan muridnya. Gaya pembelajaran merujuk kepada bagaimana seseorang dapat memproses dan mengamati sesuatu maklumat yang diperoleh dalam pelbagai cara mengikut kekuatan persepsi dan sensorinya. Terdapat bermacam-macam instrumen yang dapat digunakan oleh guru untuk mengenali gaya pembelajaran murid. Apabila memahami gaya pembelajaran murid, guru dapat menjalankan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan minat, kecenderungan dan kebolehan muridnya. Ini secara tidak langsung mengelak perasaan malas dan tidak fokus murid semasa menjalani aktivit...