1. ILP Institut Latihan Perindustrian (ILP) merupakan satu institut latihan untuk melahirkan tenaga mahir untuk memenuhi permintaan sektor perindustrian di Malaysia. Sejarah penubuhan ILP telah bermula semenjak tahun 1964 lagi dengan penubuhan ILP Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1973, ILP Prai telah dibina diikuti dengan CIAST Shah Alam dan lain-lain di Kuala Terengganu, Pasir Gudang, Labuan, Kuantan, Kota Bahru, Jitra, Ipoh, Bandar Melaka, dan JMTI Seberang Perai. ILP adalah di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM). Manakala JTM adalah di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Selepas itu, 9 buah lagi institut dibina dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. ILP menawarkan program kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Sijil Juruteknik dari Kementerian Sumber Manusia. Pembelajaran adalah setahun ke dua tahun pengajian dan ianya percuma. Hanya perlu bayar yuran pendaftaran dan pakaian sebanyak RM700.00 sekali sahaja. Selepas itu diberi elaun bulanan setiap bulan dan ada kemudahan asr...
Ulasan
Catat Ulasan